Live Tutorial eKelas Sains & Matematik Tahun 6
6 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 5 April 2019, telah berlangsung sesi pembelajaran Live Tutorial bersama-sama pelajar dari Tahun 6, untuk subjek Bahasa Inggeris (English). Kelas ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mendedahkan pelajar kepada cara-cara baru pembelajaran. Melalui sesi Live Tutorial para pelajar dapat berinteraksi bersama guru di atas talian yang mengajar melalui fungsi tayang vidoe yang terpapar di skrin utama.
Oleh itu, pelajar boleh bertanyakan secara terus mengenai apa yang dibincangkan atau subjek yang kurang difahami yang diajar oleh guru tutor tersebut. Di dalam kelas ini, pelajar belajar cara menghasilkan penulisan karangan atau cerita dalam bahasa inggeris mengikut cara-cara yang betul supaya dapat menghasilkan sebuah cerita yang menarik. Kaedah ini boleh membantu para pelajar untuk lebih meminati dan memahami subjek bahasa inggeris. Kakitangan PI amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berkenaan dan berminat untuk menyertai sesi eCikgu dan sesi Live Tutorial eKelas secara percuma untuk sama-sama menimba ilmu yang sangat berguna bagi para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: